Monday 30 April 2012

Rancangan Pengajaran Harian


Rancangan Pengajaran Harian


Tarikh/ Hari : 3/3/2012 Isnin                                                    

Masa   : 40 minit                                            
Kelas       : 5 S 2                                                        
Bil. Pelajar : 30 orang                                                                     
M/ Pel    :  Matematik                                                                     
Tajuk    :  Asas Nombor

Objektif :   Di akhir sesi pembelajaran ini , murid boleh menyatakan sifar, satu, dua, tiga,.. sebagai nombor dalam asas dua, asas lapan dan asas lima

Pengetahuan Sedia Ada :  Murid telah mempelajari nombor dalam asas sepuluh

Konsep :  Sesuatu nombor mempunyai digit-digit tertentu

Bahan : Kad Imbas, lembaran kerja

Nilai :  Kejujuran

Kemahiran :  Menulis dengan teratur semua nombor dalam asas dua, lapan dan lima

Langkah/Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran
Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Set Induksi
(5 minit)
Nombor dalam asas sepuluh menggunakan sepuluh digit iaitu 0,1,2,3,4,5,6,7,8 dan 9
Buat kaitan dengan pengetahuan sedia ada murid dengan menyoal cungkil idea tentang nombor dalam asas sepuluh.Murid memberi responTeknik: Penyoalan seluruh kelas menggunakan contoh-contoh.
Menstruktur
( 10 min)
i) Nombor dalam asas dua menggunakan dua digit iaitu 0 dan 1
ii) Nombor dalam asas lapan menggunakan lapan digit iaitu 0,1,2,3,4,5,6 dan 7
iii)  Nombor dalam asas lima menggunakan lima digit iaitu 0,1,2,3 dan 4
Mengutarakan satu persoalan melalui kad imbasMurid membuat hipotesis dan menjawab pertanyaan dari guruAktiviti berkumpulan
Aplikasi idea (10 min)Menyenaraikan nombor dalam asas dua, lapan dan lima.Guru tunjukkan masalah dengan lembaran kerjaMurid menyelesaikan masalah dalam kumpulan Strategi: Perbincangan kumpulan
Tindakan susulan (10 min)Menyenaraikan nombor dalam asas dua, lapan dan lima.Guru boleh mengesan penguasaan Hasil
Pembelajaran melalui respons murid. Murid yang
telah mencapai 80% aras masteri akan
melakukan aktiviti pengayaan manakala murid
yang belum mencapai 80% aras masteri akan
melakukan aktiviti pemulihan.
Kumpulan pemulihan: mengulang semula

Kumpulan pengayaan menyelasaikan soalan-soalan yang berikutnya
Strategi: Perbincangan kumpulan
Refleksi/ Penutup (5 min)Menulis dengan teratur semua nombor dalam asas dua, lapan dan limaTaksir kefahaman murid dengan memberi kuiz pendek.Murid berbincang dalam kumpulan untuk menjawab kuiz dan membuat kesimpulan pelajaran dengan menyatakan idea utama.Strategi: Penyoalan semua kelas















Pengajaran di kelas 5S2